9 November 2015

KENALI JENIS KULIT MU




Sunblock ni ramai yg tak suka pakai sebab berminyak / berlengas. Kalau kulit jerawat lagi leceh nak jaga sebab amat mudah naik jerawat lebih2 lagi yg sunblock yg tinggi spf atau dari oil base. 

Fara jenis skin combination, so fara memang akan sentiasa simpan mousse sunblock dalam handbag, bila nak keluar berjalan hanya sapu mousse sunblock dan topup guna BB powder . DONE !

OKEYHH, FARA SHARING SIKIT INFO TENTANG JENIS SKIN, MAYBE BOLEH BANTU KORANG DALAM KENAL PASTI SKIN KORANG SEBELUM BELI APA APA PRODUK .


Kulit Kering

Kulit kering ni kita akan rasa stretch/ tegang di muka dan permukaan/ struktur kulit kita boleh rasa kasar dan selalu menggelupas. Bila selalu menggelupas, lama-kelamaan kulit akan jadi nipis dan bertukar menjadi kulit yang sensitif. Untuk kulit jenis ini krim yang sesuai saya cadangkan krim jenis water based, lebih elok untuk muka. 

Kulit Normal
Kulit normal adalah kulit yang diidamkan oleh semua orang, takde rasa strecth/ tegang dan takde rasa berminyak pada kulit muka. Untuk kulit jenis ini boleh pilih untuk menggunakan krim jenis water based atau oil based, mengikut keselesaan. 

Kulit Kombinasi
Kulit jenis kombinasi akan rasa berminyak pada bahagian hidung dan dahi atau T-Zon. Pada bahagian lain kering atau normal skin. Kebiasaannya kulit orang Asia adalah jenis kulit kombinasi atau kulit berminyak. Untuk kulit jenis kombinasi ini, krim yang sesuai adalah jenis water based. 

Kulit Sensitif
Kulit sensitif ni selalunya kulit yang nipis. Bila lambat basuh kulit muka yang kotor atau kena asap, kulit akan mudah terasa pedih dan gatal. Dengan mudah akan tumbuh bintik-bintik merah dan jerawat pada kulit muka. Kebiasaannya, untuk kulit jenis sensitif ini krim jenis water based atau oil based tidak sesuai lagi digunakan. Hanya sesuai memakai krim untuk jenis Sensitive Skin.  

Kulit Berminyak
Kulit jenis ni akan menghasilkan minyak di seluruh muka dan menampakkan pori-pori besar yang giat memproses minyak di kulit muka. Jenis kulit seperti ini sesuai memakai krim water based.



produk ni bila disentuh seakan agar2 yg anjal





          PENGEDAR SAH SENDAYU TINGGI (perak) 

  FaceB00k
    NURUL FARAWAHIDA

     fanpage      
ST SHOOPERSS

      instagram 
    ST SHOOPERSS

whatsapp
013-4692071







Related Posts:

  • Solekan yang Sesuai untuk Gincu Matte Saya nak share dgn penggemar mekap2 mcm saya ni. Gincu bibir wajib ada kan walaupun anda bukanlah seorang yang gemar mekap. Selain color natural s… Read More
  • KENALI JENIS KULIT MU Sunblock ni ramai yg tak suka pakai sebab berminyak / berlengas. Kalau kulit jerawat lagi leceh nak jaga sebab amat mudah naik jerawat lebih2 la… Read More
  • WAJAH BERJERAWAT NI HINA SANGAT KE ? Bagi yg berkulit licin mmg tak akan blh menyelami mereka yg ada masalah dgn jerawat ni. Especially yg ada jerawat jenis resdung. Mmg jerawat … Read More
  • PIMPLES vs HORMON GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari… Read More
  • MELETOP ??? Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini? Membantu pembentukan sel-sel baru. Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pemb… Read More

0 comments: