24 March 2015

Cipta Alasan untuk KURUS ?



Kenapa susah nak kurus atau capai matlamat untuk kurus? Sebab kita selalu mencipta pelbagai alasan,halangan dan sebutan negatif tanpa kita sedar. Sebagai contoh , “haishh, pergi senaman tiap-tiap petang tapi tak kurus pon”, “alaaa, makan suplemen/ubat kurus kena pantang itu ini, lecehnya”, “penat lah balik kerja nak exercise bagai ni”, haaaa . dan pelbagai lagi lah alasan yang manusia ni pandai cipta.
Cadangan cikkfaa, apa kata kita cuba motivasi kan diri kita dengan idea dari Kevin Zahri. Seseungguhnya, dia sangat lahhh positif dalam penjagaan tubuh badan kita.





Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘korang boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan korang tau.




Pelaburan untuk kesihatan (gym dan supplemen)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda korang sudah berfikir demikian, maka apa kata jika korang laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan dan mencuba supplemen yang mengandungi kandungan yang semulajadi seperti tumbuhan alfafa, buah berry, oren dan kolagen .


Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat korang yang nombor satu. Anggap saja korang akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah korang memiliki bentuk badan yang ideal (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Maya Karin).


Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk korang menghidupkan kembali era kegemilangan korang dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika korang berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri korang selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika korang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun korang  tahu saiz semasa korang adalah XXXL.


 Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi korang sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.


Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan korang melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.


Bayangan masa hadapan
Lihat diri korang dalam dalam di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri korang dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa korang setelah matlamat korang akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? Jom berimaginasi supaya impian korang tercapai.


Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – maksudnye korang boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.



Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan korang berada di tahap ideal/normal, berbanding ketika korang memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

2 comments:

Unknown said...

self reward day tu sy stuju!!! hehehe

Unknown said...

self reward tu sy setuju!!! hehe