10 December 2014

oh ! KOREA Skin

















Setiap wanita/gadis mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. kadang kadang tengok drama korea, "wahhh, moist nya kulit orang korea. apa lah yang orang korea pakai."

Mari kita bongkar rahsia minah korea punya cara.


  • Amalan Minum Teh Hijau
Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


  • Pencuci muka
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.


  • Penyegar/Toner
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


  • Essence atau serum
Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum.


  • Pelembap
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


  • Senaman Muka
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.



  • Urutan Muka
Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.


  •  Amalan Tidur yang cukup
untuk tampil cantik Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.


  • Masker wajah
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini
 Disamping itu, rawatan dalam jangan dilupakan. Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplemen-suplemen ini dalam penjagaan kulit. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit dalam memperbaiki kerosakan yang terjadi. Untuk rawatan dalaman ini, boleh cuba Set D, Set Kecantikan Shaklee.
Cikkfaa mengamalkan supplemen Shaklee vitamin C sustained released, B Complex dan Vitamin E . Ketahui rahsia ketiga-tiga suplemen ini dengan lebih baik.





B-complex

  •  Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain.
  •  membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat.
  •  untuk mengawal stress.
  •  Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C

  • antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain.
  • bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi                punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
  • melindung dan membaiki kulit.
  • Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • Mencerahkan kulit


Vitamin E

  • Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan.       Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
  • Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan                 dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. 
  • bertindak memudarkan parut jerawat atau luka






#HOT Promo bulan ni Vitamin C & vitamin E . rugi tak grab awal awal tau :)

0 comments: