29 March 2015

CLOSING

Awesome closing in March


GST melanda dalam bulan April so that’s mean closing Shaklee untuk bulan Mac di awal kan pada hari ini, 29 mac 2015. Tapi closing kali niee memang awesome dan memang mencabar. Order masuk berderu deru, ada yang nak daftar ahli dan ada yang beli lebih untuk stok bulan bulan seterusnya. Memang dasyat bulan nie hanya kerana mu GST. <kikikiki>

Insha Allah, merasa pulak bulan depan bonus 3 angka. Tak rugi pon jadi ahli Shaklee ni. Macam macam kelebihan ada, antaranya dapat tolong orang sekeliling yang bemasalah dalam kesihatan dorang, then kita pon dapat belajar kenali penyakit penyakit yang customer kita hadapi dan income untuk diri sendiri pon dapat. Boleh lah bawak mak abah ber Dinner sempena HariKelahiran ayah tercinta.


Diorang lahh supporter paling Terbaik dan tak ketinggalan jugakk PJ pon supporter cikkfaa yang paling sweet macam maduhh. <kikiki>



Terima kasih banyak to customer-2 yang repeat order dengan cikkfaa, yang nak join ahli dan customer-2 baru yang masih dalam konsultasi cikkfaa. Insha Allah, cikkfaa akan beri konsultasi yang terbaik buat lovey dovey customer cikkfaa.




KONSULTASI TERBAIK ANDA
SID : 1082002
FB: Nurul Farawahida
Whatssapp: 017-2297928
Insta: NURULFARA2307 / KEDAI SHAKLEE

24 March 2015

Cipta Alasan untuk KURUS ?



Kenapa susah nak kurus atau capai matlamat untuk kurus? Sebab kita selalu mencipta pelbagai alasan,halangan dan sebutan negatif tanpa kita sedar. Sebagai contoh , “haishh, pergi senaman tiap-tiap petang tapi tak kurus pon”, “alaaa, makan suplemen/ubat kurus kena pantang itu ini, lecehnya”, “penat lah balik kerja nak exercise bagai ni”, haaaa . dan pelbagai lagi lah alasan yang manusia ni pandai cipta.
Cadangan cikkfaa, apa kata kita cuba motivasi kan diri kita dengan idea dari Kevin Zahri. Seseungguhnya, dia sangat lahhh positif dalam penjagaan tubuh badan kita.





Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘korang boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan korang tau.




Pelaburan untuk kesihatan (gym dan supplemen)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda korang sudah berfikir demikian, maka apa kata jika korang laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan dan mencuba supplemen yang mengandungi kandungan yang semulajadi seperti tumbuhan alfafa, buah berry, oren dan kolagen .


Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat korang yang nombor satu. Anggap saja korang akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah korang memiliki bentuk badan yang ideal (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Maya Karin).


Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk korang menghidupkan kembali era kegemilangan korang dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika korang berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri korang selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika korang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun korang  tahu saiz semasa korang adalah XXXL.


 Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi korang sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.


Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan korang melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.


Bayangan masa hadapan
Lihat diri korang dalam dalam di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri korang dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa korang setelah matlamat korang akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? Jom berimaginasi supaya impian korang tercapai.


Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – maksudnye korang boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.



Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan korang berada di tahap ideal/normal, berbanding ketika korang memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

22 March 2015

FALL IN LOVE

Kalau borak tentang ”fall in love” ni memang takkan pernah habis. Nak tau kenapa? Budak kecikkk pon dah pandai nak bercinta. Tapi bercinta cara dorang lahhh .  bila naik usia remaja, bercinta cara remaja pulakkk.

Masa nie lahh orang akan kata “CINTA MONYET”.Itu normal sebab aku pon salah seorang yang alami cinta monyet nie. <Kikikiki>. Bila tahun berganti tahun, aku dah mula rasa diri nie mula mengalami proses TUA. Oh no !



So, dah makin berusia ni makin berfikir yang mana baik yang mana buruk dalam bercinta. Thank you pada yang menyedarkan aku. <kikikiki>

Okeyh lahh , dekat sini aku nak bagi beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang untuk KEKAL DALAM BERCINTA (konon nya matang) 

 13 TIPS KEKAL DALAM BERCINTA
  • Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan. 
  • Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
  • Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
  • Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
  • Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
  • Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
  • Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
  • Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin. 
  • Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru. 
  • JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
  • Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya. 
  • Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah. 
  • Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.









20 March 2015

KEMURUNGAN MENGUASAI DIRI

ASSALAMUALAIKUM

Terasa cepat masa berlalu, dah 6 bulan kerja dekat PERODUA kuala kangsar. Barulah tahu hidup orang bekerja macam mana kan . memang takkan lari punya dari STRESS ZONE. 

Stress ni ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi rasa macam banyak STRESS BURUK jeaa . kikikikiki. Macam macam kerja kena hadap dekat pejabat tu. mana nak layan kerja sendiri , nak layan permintaan Salesman lagi. memang stress. 

Tapi nasib baik saya ni bijak memilih suplemen anti-Stress. Alhamdulillah, hampir 6 bulan kerja ni memang susah nak nampak KEMURUNGAN cikfaa. kikiki. 

Hari hari senyum jea, kerja itu ini. semua senyum jea lah , buat tugas dengan baiknya. tanpa meminta balasan. Salah satu nak avoid stress . '' SENYUM'' .

Jangan selalu sangat ikut tahap KEMURUNGAN . bahaya. 



Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.


BTW, kalau ada sesiapa berminat dengan jenama kereta PERODUA. boleh je pm cikfaa.
ehem ehem.......




10 December 2014

oh ! KOREA Skin

















Setiap wanita/gadis mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. kadang kadang tengok drama korea, "wahhh, moist nya kulit orang korea. apa lah yang orang korea pakai."

Mari kita bongkar rahsia minah korea punya cara.


  • Amalan Minum Teh Hijau
Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


  • Pencuci muka
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.


  • Penyegar/Toner
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


  • Essence atau serum
Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum.


  • Pelembap
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


  • Senaman Muka
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.



  • Urutan Muka
Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.


  •  Amalan Tidur yang cukup
untuk tampil cantik Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.


  • Masker wajah
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini
 Disamping itu, rawatan dalam jangan dilupakan. Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplemen-suplemen ini dalam penjagaan kulit. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit dalam memperbaiki kerosakan yang terjadi. Untuk rawatan dalaman ini, boleh cuba Set D, Set Kecantikan Shaklee.
Cikkfaa mengamalkan supplemen Shaklee vitamin C sustained released, B Complex dan Vitamin E . Ketahui rahsia ketiga-tiga suplemen ini dengan lebih baik.





B-complex

  •  Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain.
  •  membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat.
  •  untuk mengawal stress.
  •  Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C

  • antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain.
  • bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi                punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
  • melindung dan membaiki kulit.
  • Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • Mencerahkan kulit


Vitamin E

  • Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan.       Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
  • Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan                 dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. 
  • bertindak memudarkan parut jerawat atau luka






#HOT Promo bulan ni Vitamin C & vitamin E . rugi tak grab awal awal tau :)

9 December 2014

Opps ! Terbuncitkan Perut

Assalamualaikum semua,

Sudah berhabuk belog CikkFaa ni tak berhupdate. Rindu tak nak dengar celoteh cikfaa harini? jom kita sembang isu menarik "PERUT KU BUNCIT". Masyarakat sekarang susah nak kawal selera makan kan ? Insha Allah, tips yang bakal CikkFaa bagi nie akan dapat mengawal selera makan korang tau. Jom kita view.

Perut buncit seringkali menjadi gangguan bagi banyak orang terutama wanita, 
kerana mengurangkan kesempurnaan penampilan. Terus-menerus cuba menghilangkannya namun belum berjaya? Mungkin kerana anda belum mengetahui beberapa fakta tentang lemak di perut.

Punca-punca "PERUT KU BUNCIT" 


1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu
Makanan bergoreng dan makanan bergula tinggi boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan serta  boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.


yummy , sedapnyeeee .


2. Kurang aktiviti dan senaman
Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber.


3. Perubahan hormon akibat penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah.


4.Stress yang tak terkawal

Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.

Cikkfaa nak suggest kan beberapa STEP kepada korang yang betul-betul nak kempiskan/kuruskan badan uolls. 

Jom view STEP dr cikkFaa

 STEP 1 : Matlamat dan Pendirian . Apa-apa nak buat memang kena ada matlamat dan pendirian yang tetap supaya kita takkan tersasar . kalau nak lebih extreme dalam matlamat kita, kita cuba create kata-kata yang mencabar diri. So, hari-hari kita akan rasa tercabar untuk perjuangkan matlamat kita.

 STEP 2: Setiap hari, cuba buat senaman otot perut. Mula-mula betulkan postur tulang belakang biar menegak seolah-olah macam kedudukan mendada. Kemudian tekan ke dalam perut (tanpa guna tgn). Buat berulang kali. Ini akan mengaktifkan otot di sekitar perut dan pembakaran lemak dengan aktiviti otot ini akan meningkat.

STEP 3: Kurangkan makanan bergoreng. Makanan berbentuk panggang, rebus dan stim lebih sesuai. Lebihkan serat. Buah dan sayur penting dalam pemakanan seharian. Minum air at least 2 Liter paling kurang. Air memudahkan anda untuk membuang, sekaligus toksik yang terkumpul di perut juga akan mudah disingkirkan. Membuang setiap hari adalah perkara wajib kalau nak perut kempis.


STEP 4: Kalau melibatkan hormon, stabilkan hormon dahulu. Pengambilan GLA Complex dalam kehidupan seharian dapat menstabilkan hormon. Jangan ambil mudah keadaan hormon yang tidak stabil, banyak buruk dari baiknya.


STEP 5: Dah follow semua step di atas, langkah seterusnya adalah proses kempiskan perut lebih cepat dengan Herb lax, Lecithin dan Omega Guard. Kalau untuk bajet rendah masih boleh consume Herb Lax dan Lecithin. Itu pon dah memadai. Nak kurus , nak kempis jangan banyak bagi alasan itu ini .


CikkFaa nak kasi semua tengok testimoni cust yang sudah berjaya :




Freshh testimoni :)



21 July 2014

Penyakit SKURVI itu apa ?


Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu:
1- Ascorbic Acid
2- Ascorbate Free Radical
3- Dehyroascorbate

Ketiga-tiga asid ini bertanggungjawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia. Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia, ini bermaksud ianya perlu diperolehi dari sumber makanan.

Vitamin C adalah vitamin yang baik bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membina kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. sekiranya kita kekurangan vitamin C, pelbagai tisu di dalam badan kita akan mula pecah lalu pembaikan tisu badan boleh terjejas.

Jika kita kekurangan vitamin C dalam tempoh yang lama, ianya boleh membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai skurvi.


Penyakit skurvi terjadi disebabkan kekurangan vitamin C (asid askarbic) dalam badan. Ini kerana tubuh badan kita tidak mampu untuk hasilkan vitamin C dengan sendiri.

Antara symptom-simptom kekurangan vitamin C adalah:

1)     Gejala awal adalah letih, hilang selera makan, meloya dan sakit otot
2)     Gusi akan bengkak (Gingivitis)
3)     Gusi akan mudah menjadi lembut dan sakit. Gigi akan jadi longgar
4)     Selalu lebam-lebam (pendarahan dalam kulit). Kalau anda sering lebam-lebam semasa tidur (sesetangah orang menyatakan kena gigit dengan hantu la, Hehehe) itu bermaksud anda kekurangan vitamin C.
5)     Mudah mengalami pendarahan. Jika luka, proses pemyembuhan yang lambat.
6)     Boleh menyebabkan anemia
7)     Kulit bersisik, kering dan keperangan.
8)     Kanak-kanak yang mengidap gejala ini akan menyebabkan pertumbuhan tulang terbantut


testimoni dari pengguna supplemen Shaklee 

#Saya jadikan Vitamin C Sustained Release sebagai pelengkap nutriet saya untuk hindari penyakit skurvi