12 April 2015

JOIN SHAKLEE MERUGIKAN BILA KORANG ???


" malas lah nak daftar ahli , bukan beli supplement tiap bualan pon "
" saya bukan beli supplemen nk buat bisness pon , boleh beli kat member je "
" tak jadi ahli pon tak heran , sebab saya dapat je harga ahli bila beli supplemen, membazir je "

bisikan macam ni mesti ada dalam hati korang kan ? jangan tipu lah korang takde perasaan gini kan ? <kikiki>

kalaulah korang tau betapa ruginya korang tak join jadi ahli shaklee. tambahan pula korang memang pengguna supplemen shaklee yang tegar . tak beli tiap bulan tapi korang tetap akan beli bila supplemen korang habis kan ?

** opkos lah korang rasa membazir kan , korang hanya nak beli 1 jenis supplemen je tapi beriya nak daftar ahli . no ! jangan berfikiran macam tu sebab kalau korang daftar jadi ahli shaklee korang akan dapat buat pembelian dengan harga yang lebih murah/harga ahli . bila shaklee buat promosi, korang lah akan jadi ahli yang paling bertuah sebab korang akan dapat beli supplemen dengan harga promosi plak . (buy 6 free 1)

** korang taknak pon buat bisness ? eh , xde masalah pon kalau korang join shaklee tapi tak berbisness . tak wajib pon buat bisness , ramai je kat luar tu daftar ahli untuk makan sendiri atau untuk family dorang . korang jadi ahli ni untuk mudahkan korang nak beli supplemen , takpayah nak cari SID untuk order supplemen . hanya menggunakan hujung jari korang je<kikikiki> . korang hanya klik "shaklee2u" dan korang shopping lah sepuasnyeee dengan shaklee . :) . its easy right ?

** cikfaa tak pasti lah kalau korang dapat  pembelian dengan harga ahli tanpa join ahli . tapi cikkfaa pernah tengok amaran rasmi dr Mr Ethan tentang menjual harga ahli kepada bukan ahli adalah salah dalam etika bisness shaklee.dah ramai pengedar shaklee yang kena "tangkap" dan dorang punya account being suspended. jadi buat pengedar shaklee diluar amalkan etika yang baik dalam bisness yea . takisah lah apa jenis bisness pon.


** okey , sekarang nak explain pasal benefit lain bila korang join shaklee. katakanlah korang join , korang memang dah pengguna tegar shaklee then korang consume kan shaklee pada family korang , bila dah nampak kesan baik supplemen yang family korang amik , lepastu makcik korang nak try jugak consume supplemen A , sedara mara rapat korang plak nak try supplemen B, mak mertua korang plak nak supplemen C . secara tak langsung korang dah "berbisnes" secara kecil kecilan dekat ahli keluarga sendiri . dah boleh dapat untung runcit serta bonus bulanan (15%-20% )

** setiap produk yang korang beli ada point nya sendiri , if korang ahli lah yea. baru boleh dapat point . accumulated points ni sekiranya melebihi 150 uv sebulan . ia akan kepada nilai RM yang akan di-bank in ke akaun korang. okey , fine , dapat 150uv point boleh tukar kepada RM RM RM . siapa taknak RM kan ? cuba bagitau kat cikkfaa sape taknak RM . <kikiki>

 untung kan ? beli dengan harga ahli lepastu uv plak 150 keatas , awal bulan dapat bonus dalam akaun. badan sihat , akaun bank pon sihat tau . <kikiki>

##korang boleh baca ulang kali benefit join ahli shaklee . setiap ahli yang berdaftar bawah cikfaaa , cikkfaa akan asah sampai jadi berlian SHAKLEE . dun worry sayang.



JOM JOIN SHAKLEE

SID : 1082002
WHATSSAPP : 0172297928
FB : NURUL FARAWAHIDA
INSTA : NURUL FARA2307 (kedai Shaklee)
Cod : kuala kangsar , lenggong , ipoh , taiping .(im from perak )


8 April 2015

DILEMA PART III : MALUNYAAAAAAA





Membuncitkan perut memang kepakaran bagi setiap individu. ye dok ? <kikiki> .

bila perut dah kedepan, dah membuncit mula lahh orang sekeliling tanya. "kau sedang hamil berapa bulan", "kau makan ape sampai perut kau kedepan ni babe"... malunya bila soalan ni muncul dari mulut kengkawan kita. tambahan plak kalau yang dah berumah tangga suami datang dekat kita, suami tanya " syg, awak pergnant tak bgtau abg pon".. " syg, kurang sikit makan tau perut naik dah tu".. opsss . sorry . cikkfaa belum berkahwin okey. <kikiki>

kita ni sometimes rasa :

"biarlah apa orang nak cakap, janji perut kenyang hati banyak gumbira" .

yes ! itu memang betul tapi dialog diri sendiri tu akan lagi mantap kalau berbunyi macam ni

" okey kita jaga makan , elak sakit , biarlah orang nak cakap bajet diet ke , bajet sihat ke, janji perut cantik , badan sihat ,hati lebih-2 gumbira".

okey. cikfaa potpet ni sebab sayang sangat kat semua orang yang ada motivated diri untuk sihat dan cantik . YAKIN & NEKAD tu penting . kupas info "NEKAD KURUS" dari blog :

'"http://getmedean.blogspot.com/2014/09/cara-kawal-nafsu-makan-untuk-berat.html"'



beberapa tips pemakanan yang boleh korang follow dan M.E.S.T.I follow tau. jangan baca tips dan abaikan atau buang tepi .



KURANGKAN GARAM DALAM PEMAKANAN

terlalu banyak garam diet boleh meningkatkan kandungan sodium terhadap cairan tubuh dan melambatkan proses pengeluaran air dari sel tubuh . akibatnya , perut terasa penuh dan gelembung . mengambil kuantiti garam yang terlalu banyak juga menyebabkan masalah obesiti dan tekanan darah tinggi .

MINUM BANYAK AIR

ramai yang kata minum air terlalu banyak , perut jadi buncit . minum air boleh buncit? Memang salah le persepsi engkorang tentang minum air  . air yang banyak boleh mencairkan konsentrasi sodium di dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar daripada sisitem badan . minum air yang cukup akan  menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksik

MAKAN PERLAHAN-LAHAN

jangan makan dengan gelojoh kerana ketika kamu menelan terlalu cepat , udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang mengakibatkan perut menggelembung . duduk ketika makan dan kunyah makanan secara perlahan-lahan

PENGAMBILAN SERAT

Follow pemakanan serat yang terdiri daripada buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air . biskut ataupun roti yang memiliki serat turut membantu untuk mengelakkan perut buncit .

SELAIN PENGAMBILAN SERAT KITA AMALKAN PEMAKANAN SUPPLEMEN. SUPPLEMEN NI AMACAM MAKANAN TAMBAHAN YANG DAPAT MEMBANTU KITA DALAM KAWAL MASALAH LEMAK BERLEBIHAN TAU. SANGAT TERBAIK LAH KALAU KITA BIJAK MEMILIH SUPPLEMEN YANG TIADA DRUGS.

HINDARI SEMBELIT

sembelit didefinasikan sebagai memiliki kekerapan yang kurang daripada tiga kali membuang air besar dalam seminggu . akibatnya perut terasa bertambah besar . untuk merangsang isi perut , tingkatkan pengambilan serat , amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan

BERSENAM

olahraga atau bersenam membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan masalah perut besar . ia akan mendorongnya keluar daripada jaringan dan masuk dalam aliran darah di mana ia akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing . senaman yang disarankan ialah aerobik .










testimoni menarik bagi supplemen yang AWESOME!



Sekarang cikkfaa share TIPS PEMAKAIAN bagi “Perut Buncit”.

WARNA BAJU

pakai pakaian yang berwarna gelap kerana ia membantu kamu untuk kelihatan dua inci lebih kurus daripada pandangan mata . jangan pakai pakaian yang terang kerana tidak sesuai . jika ingin bermain dengan warna , gayakan baju yang berona cerah di bahagian lengan manakala di bahagian perut pula adalah gabungan warna yang gelap , ini dapat membantu korang kelihatan ramping .
 bagi si gadis , korang boleh pakai t-shirt tu dengan cardigan . membantu menampakkan tubuh anda lebih kecil .

CORAK BAJU

kau tak payah memilih sangat laa memilih corak-corak baju . tak semua boleh dipadankan . pemilihan corak janganlah terlalu penuh dan sarat , cukup sekadar sedikit di bahagian dada . buat si gadis, jangan pilih pakaian corak yang berjalur atau belang. Itu akan buat kita Nampak gemuk atau buncit.

BAJU YANG TAK FIT PADA TUBUH

Ni lagi satu budaya orang sekarang. Dah tau badan bermasalah tapi masih nak pakai yang fit . mula lah engkau malu sipu sipu sebab Nampak clear perut engkau yang mucet shomel tu. Cuba kita sesuaikan pakaian kita dengan body shape kita . kalau sebelum engkau kurus boleh pakai size S , cuba sekarang kau beli saiz M . tak membazir pon , baju saiz M tu kalau kau kurus nanti pon , kau masih boleh pakai tau.



The end

SHAKLEE DISTRIBUTOR
CIKK FAA- ID 1082002
017 2297928 (WHATSSAPP)
NURUL FARAWAHIDA (FB)


6 April 2015

DILEMA PART II : KERANA KAU YANG BERNAMA JERAWAT . NAK JUMPA BAKAL SUAMI PON MALU...


















cikfaa saja  buat sedikit research mengenai jerawat dan belajar mengenai zink oxide, benzoyl peroxide dan beberapa istilah lain serta penyebab jerawat.
sebenarnya jerawat ni bukanlah disebabkan penjagaan diri yg kurang bersih dan sebagainya, kalau org kata sbb kotor,sudah pastilah kat kaki paling banyak jerawat sebab tapak kaki ni macam macam dah cikkfaa pijak. <kikiki> tapi ia disebabkan bakteria bernama Propionibacterium acnes (atau P acne).



sebenarnya kulit kita ni ada protection tersendiri, kulit epidermis akan berusaha mem balancekan ph dan persekiran kulit muka kita, jadi bila kita guna sabun yg agak harsh, ia mengeringkan kulit, justeru, kulit bertindak menghasilkan lebih byk minyak dari dalam kulit, makin kering kulit kita makin dia cuba produce minyak, so dengn sbb tu lah jd tersumbat, so bakteria ni akan mengambil kesempatan untuk membiak sbb ada makanan (minyak sebum) so galak lah beliau berkampung kat kulit kita.

pada tahap ini, kulit sudah mula diliputi bakteria ini, kulit pun bertindak dgn membuat radang/inflammation untuk membunuh bakteria tersebut. terjadilah jerawat. maksudnya jerawat ini adalah cara mekanisme kulit kita membunuh bakteria, makin banyak bakteria, beribu ribu lah hasil bakteria mati dlm keadaan nanah (petanda bakteria sudah tewas). alkisah jerawat pada kulit kita.

jadi kita tak digalakkan mencuci muka terlalu kerap dan memilih pencuci muka yang harsh pada kulit muka kita. <kenali pencuci muka anda dengan lebih baik , saya pilih enfuselle shaklee sebab ia takde bau yang kuat dan kurang buih tapi masih dalam kualiti membersih> ilove enfuselle shaklee.



selain tu cikkfaa tempek lah benzoyl peroxide tiap malam sebelum tidur tu.ini memang ubat krim jerawat cikkfaa. bakteria jerawat ni tak boleh hidup dlm persekitaran oksigen yang terlalu tinggi, ia merencatkan pembiakan beliau.


sebenarnya org yg ada masalah kulit ni termasuk jerawat, sebenarnya badan org tu kekurangan zink/zinc deficiency. so dekat negara ongputihh saya dapat tau ramai patient yg ada masalah acne ni consume smpai beratus mg zink sehari. kalau ikutkan peraturan sedunia, setiap org perlukan 15mg zink sehari. Jom amalkan zinc complex untuk merawat masalah jerawat korang.

nasihat cikkfaa yea:

  • kurang amalkan makanan manis
  • kurang amalkan minuman berkarbonat
  • kurang amalkan minuman manis
  • elakkan makan ikan keli tau ( ia agak berbisa untuk jerawat)
  • kurangkan pemakanan ayam (sebab ayam sekarang banyak yang suntik,ia akan aktifkan hormon androgen) tapi jangan boikot ayam plak tau.. hanya kurangkan saje..kikikiki





nak stabilkan hormon, cikkfaa amalkan GLA Complex untuk normalkan semula hormon. sangat sangat bagus andai kita mengalami masalah jerawat atau jeragat.



KONSULTASI SHAKLEE TERBAIK
SID : 1082002
FB: Nurul Farawahida
Whatssapp: 017-2297928
Insta: NURULFARA2307 / KEDAI SHAKLEE


2 April 2015

DILEMA PART 1 : Makan Sikit pun Berat Badan Naik sebab Metabolisma Rendah !


Kat sini cikkfaa nak sharing sikit pasal metabolism badan kita. Info ni cikkfaa dapat dari kawan blogger cikkfaa jugak. Sangat menarik perhatian cikfaa untuk baca dan scroll sampai ending.

Jadi siapa yang rasa CONFIUS “ Makan sikit pun berat naik jugak” . kita cuba cari masalah kita dengan badan kita okey.
AL KISAH…….


”Siapa sini pernah cuba turunkan berat badan dengan cara mengurangkan makan atau skip terus your meal, tetapi berkesudahan dengan berat badan yang semakin menaik? Atau dah cuba tak makan nasi, cuba mkn sekali sehari je tapi berat tak turun-turun?

Basically, badan kita memerlukan jumlah kalori tertentu utk memastikan ia berfungsi dengan baik. Jumlah kalori bergantung pada umur, jantina dan beberapa faktor lain. So ada sorang patient ni, dia overweight dan dia cuba kurangkan pemakanan. Calories deficit dia mmg tinggi tapi berat tak turun juga. Sometimes, berat dia naik. Doktor tu beri penerangan kat dia mcm ni.

Kalau badan dah terbiasa terima sejumlah kalori dan pada satu peringkat dan suddenly ia menerima kurang kalori dari jumlah kalori asal, badan akan adjust metabolism level dalam badan kita. Slowly, dia adjust.. adjust.. adjust… sampailah otak bagi signal to put the the body into ‘starvation mode’. Process ni berlaku dalam masa beberapa minggu/bln, bergantung pada badan masing-masing.

So kononlah korang nak turunkan berat dengan cara kurangkan makan. Lepas 2 hari, tgk berat turun. Punya la suka. Kurangkan makan lagi.. turun. Ianya berterusan. Lepas beberapa minggu, tgk berat dah tak turun. Paksa diri lagi utk kurangkan makan. Sampai satu ketika, korang rasa pelik. Tak mkn banyak tapi berat tak turun atau lebih teruk, berat makin naik.

Maknanya badan korang dah berada dalam starvation mode dan metabolisme badan telah menjadi rendah. Badan dapat signal yg jika ia masih menerima jumlah kalori yang kurang, badan tidak mampu berfungsi dan organ dalaman akan rosak. So badan bertindak untuk simpan tenaga sebanyak mungkin. Jadi, apa saja yg anda makan, akan terus disimpan sebab badan takut ia akan ‘shut down’.

Sama mcm ni la. Kalau korang ada banyak duit, duit seposen yg korang nampak kat lantai pun korang malas kutip. Cuba kalau time sesak, seposen tu la yg korang kutip dan simpan kan? Make sense?

Menurut doktor tu, apa yang perlu patient dia buat ialah mula makan dengan cara yang betul semula. Maknanya breakfast, lunch, dinner dan jika perlu.. 2 healthy snacks in between. Ini utk memberi signal kepada badan yg “OK, jangan risau. Badan takkan mati. Teruskan membakar kalori”.



At first, bila korang cuba kembalikan metabolisme badan ke tahap asal, badan mungkin akan beri negative reaction. Berat badan korang akan bertambah. Korang akan rasa menyesal sebab ikut cakap doktor tu, maybe korang akan bertindak utk skip your meal again. Sepatutnya teruskan usaha menurunkan berat badan dengan cara makan secara teratur semula.

Berat akan naik dalam jumlah yang sedikit. Perlu makan makanan yg berkhasiat. Setelah badan korang confirm yg korang bukan nak kebulurkan badan anda, ia akan mula membakar kalori seperti biasa. Slowly, berat akan turun.. dan turun.. dan turun. Ia mungkin turun secara perlahan tapi ia boleh menggembirakan bila korang dapat pakai kembali baju yg selama ni dah sendat.

Patient dia juga nak dapat turunkan berat badan, ditambah dengan senaman untuk menaikkan kembali paras metabolisme dia.

I was skeptical. Macam tak percaya je. Tapi ok la, I buat juga. Mmg salah I pun sebab ter skip mkn. Bukan sengaja. So lepas tu I berdisiplin. Sibuk mcm mana pun, I akan pastikan I makan. Tiap-tiap pagi I makan nasi lemak sambal kerang. Hehehe… sedap! Tgh hari selalunya masih kenyang tapi I paksa diri mkn roti bakar. Nak masuk nasi mmg tak boleh sebab kenyang. Malam mesti mkn makanan yang berat. Selalunya nasi dengan lauk 2-3 jenis.

Apa jadi? Berat naik sampai 2kg! Tapi I pujuk diri. Takpe…. Nanti mesti turun balik. Huhuhu. Padahal time tu rasa gemuk! Nak tempah baju raya pun tak tau nak besarkan ukuran atau nak ikut je ukuran dulu-dulu. Tapi I yakin so I tempah ikut ukuran dulu. I terus makan mcm biasa.

Yes, now… berat dah selamat turun sebanyak 3.4kg. I dapat buang balik berat yg naik aritu dengan cara makan banyak! I thought it’s yo-yo effect tapi tidak ye. Bila balik kampung, makan suka hati.. tapi bila dah 2 hari duduk KL semula, kembali ke berat asal. Senyum sampai ke telinga!

I tak kurus tapi tak gemuk juga. Lantaklah kalau ada I kata I dah gemuk. So kalau korang nak ikut cara ni, terpulang. Kalau berat naik tapi tak turun-turun lepas tu, jangan salahkan I ye. Hehehe… risau gak. Sibuk nak share kat sini, sekali tak menjadi pulak bila orang lain cuba. Tak pasal-pasal tak muat baju raya. Tapi kan, my sis dah buat benda ni bila I beritahu. Dia sibuk skip mkn nasi. Buka puasa pun mkn sikit-sikit je. Apa la. So suruh dia mkn mcm biasa. Sudahnya, berat dia dah turun 3kg! Bukan ke best tu.. makan sikit, berat tak turun-turun. Tapi bila mkn mcm biasa, berat terus turun! ”




HOT SUPPLEMENT (PROMO APRIL)





Panjang lebar sis nie bercerita tapi info yang dia beri sangat lah bagus untuk semua yang selalu set up minda “MAKAN SIKIT/ SKIP MAKAN BOLEH JADIKAN BADAN ANDA LANSING”. Selain tu, cikkfaa mencadangkan dekat korang amalkan pengambilan supplemen semulajadi dalam pemakanan seharian korang kerana ia akan dapat membantu korang buang lemak lemak tepu yang ada dalam badan korang. Selain metabolism kita, penghasilan lemak dalam badan juga kena jaga tau. Jangan terkena OBESITI pulak. Supplemen yang cikkfaa selalu amalkan ALFAFA dan LECITHIN.



Walaupun cikfaa dah kurus, cikfaa masih amalkan supplemen “Buang Lemak” nie sebab cikkfaa taknak lemak lemak ni berkumpul dalam badan cikkfaa then buat cikkfaa lepu kehilangan metabolisma pulak kan.  


KONSULTASI SHAKLEE TERBAIK
SID : 1082002
FB: Nurul Farawahida
Whatssapp: 017-2297928
Insta: NURULFARA2307 / KEDAI SHAKLEE

29 March 2015

CLOSING

Awesome closing in March


GST melanda dalam bulan April so that’s mean closing Shaklee untuk bulan Mac di awal kan pada hari ini, 29 mac 2015. Tapi closing kali niee memang awesome dan memang mencabar. Order masuk berderu deru, ada yang nak daftar ahli dan ada yang beli lebih untuk stok bulan bulan seterusnya. Memang dasyat bulan nie hanya kerana mu GST. <kikikiki>

Insha Allah, merasa pulak bulan depan bonus 3 angka. Tak rugi pon jadi ahli Shaklee ni. Macam macam kelebihan ada, antaranya dapat tolong orang sekeliling yang bemasalah dalam kesihatan dorang, then kita pon dapat belajar kenali penyakit penyakit yang customer kita hadapi dan income untuk diri sendiri pon dapat. Boleh lah bawak mak abah ber Dinner sempena HariKelahiran ayah tercinta.


Diorang lahh supporter paling Terbaik dan tak ketinggalan jugakk PJ pon supporter cikkfaa yang paling sweet macam maduhh. <kikiki>



Terima kasih banyak to customer-2 yang repeat order dengan cikkfaa, yang nak join ahli dan customer-2 baru yang masih dalam konsultasi cikkfaa. Insha Allah, cikkfaa akan beri konsultasi yang terbaik buat lovey dovey customer cikkfaa.




KONSULTASI TERBAIK ANDA
SID : 1082002
FB: Nurul Farawahida
Whatssapp: 017-2297928
Insta: NURULFARA2307 / KEDAI SHAKLEE

24 March 2015

Cipta Alasan untuk KURUS ?



Kenapa susah nak kurus atau capai matlamat untuk kurus? Sebab kita selalu mencipta pelbagai alasan,halangan dan sebutan negatif tanpa kita sedar. Sebagai contoh , “haishh, pergi senaman tiap-tiap petang tapi tak kurus pon”, “alaaa, makan suplemen/ubat kurus kena pantang itu ini, lecehnya”, “penat lah balik kerja nak exercise bagai ni”, haaaa . dan pelbagai lagi lah alasan yang manusia ni pandai cipta.
Cadangan cikkfaa, apa kata kita cuba motivasi kan diri kita dengan idea dari Kevin Zahri. Seseungguhnya, dia sangat lahhh positif dalam penjagaan tubuh badan kita.





Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘korang boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan korang tau.




Pelaburan untuk kesihatan (gym dan supplemen)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda korang sudah berfikir demikian, maka apa kata jika korang laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan dan mencuba supplemen yang mengandungi kandungan yang semulajadi seperti tumbuhan alfafa, buah berry, oren dan kolagen .


Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat korang yang nombor satu. Anggap saja korang akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah korang memiliki bentuk badan yang ideal (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Maya Karin).


Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk korang menghidupkan kembali era kegemilangan korang dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika korang berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri korang selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika korang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun korang  tahu saiz semasa korang adalah XXXL.


 Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi korang sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.


Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan korang melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.


Bayangan masa hadapan
Lihat diri korang dalam dalam di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri korang dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa korang setelah matlamat korang akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? Jom berimaginasi supaya impian korang tercapai.


Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – maksudnye korang boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.



Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan korang berada di tahap ideal/normal, berbanding ketika korang memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

22 March 2015

FALL IN LOVE

Kalau borak tentang ”fall in love” ni memang takkan pernah habis. Nak tau kenapa? Budak kecikkk pon dah pandai nak bercinta. Tapi bercinta cara dorang lahhh .  bila naik usia remaja, bercinta cara remaja pulakkk.

Masa nie lahh orang akan kata “CINTA MONYET”.Itu normal sebab aku pon salah seorang yang alami cinta monyet nie. <Kikikiki>. Bila tahun berganti tahun, aku dah mula rasa diri nie mula mengalami proses TUA. Oh no !



So, dah makin berusia ni makin berfikir yang mana baik yang mana buruk dalam bercinta. Thank you pada yang menyedarkan aku. <kikikiki>

Okeyh lahh , dekat sini aku nak bagi beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang untuk KEKAL DALAM BERCINTA (konon nya matang) 

 13 TIPS KEKAL DALAM BERCINTA
  • Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan. 
  • Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
  • Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
  • Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
  • Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
  • Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
  • Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
  • Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin. 
  • Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru. 
  • JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
  • Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya. 
  • Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah. 
  • Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.