Kenapa susah nak kurus atau capai matlamat untuk kurus? Sebab kita selalu
mencipta pelbagai alasan,halangan dan sebutan negatif tanpa kita sedar. Sebagai
contoh , “haishh, pergi senaman tiap-tiap petang tapi tak kurus pon”, “alaaa,
makan suplemen/ubat kurus kena pantang itu ini, lecehnya”, “penat lah balik
kerja nak exercise bagai ni”, haaaa . dan pelbagai lagi lah alasan yang manusia
ni pandai cipta.
Cadangan cikkfaa, apa kata kita cuba motivasi kan diri kita dengan
idea dari Kevin Zahri. Seseungguhnya, dia sangat lahhh positif dalam penjagaan
tubuh badan kita.
Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud
‘selamat berjaya’, ‘korang boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi
ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau
nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’.
Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau
memantau pencapaian kesihatan korang tau.
Pelaburan untuk kesihatan (gym dan supplemen)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan
minda korang sudah berfikir demikian, maka apa kata jika korang laburkan sahaja
beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang
12 bulan ke hadapan dan mencuba supplemen yang mengandungi kandungan yang
semulajadi seperti tumbuhan alfafa, buah berry, oren dan kolagen .
Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula,
ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat korang
yang nombor satu. Anggap saja korang akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah korang
memiliki bentuk badan yang ideal (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak
akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda
adalah artis seperti Maya Karin).
Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya
tinggal sejarah? Inilah masanya untuk korang menghidupkan kembali era
kegemilangan korang dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu,
jika korang berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’
diri korang selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika korang sedang
dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun
korang tahu saiz semasa korang adalah
XXXL.
Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang
mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam
mengekalkan motivasi korang sepanjang menjalani program diet yang berkenaan.
Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti
‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai
gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti
ini akan menjadi semakin cerah.
Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan korang
melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan
menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda
lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
Bayangan masa hadapan
Lihat diri korang dalam dalam di hadapan cermin,
dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri korang
dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih
bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak
seberapa, buatlah bayangan rupa korang setelah matlamat korang akan tercapai
kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? Jom berimaginasi supaya
impian korang tercapai.
‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda
sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’
– maksudnye korang boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan
menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC,
pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang
berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan
hari-hari.
Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat
badan korang berada di tahap ideal/normal, berbanding ketika korang memiliki
berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan
dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik
ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah.
Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.