10 December 2014

oh ! KOREA Skin

















Setiap wanita/gadis mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. kadang kadang tengok drama korea, "wahhh, moist nya kulit orang korea. apa lah yang orang korea pakai."

Mari kita bongkar rahsia minah korea punya cara.


  • Amalan Minum Teh Hijau
Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


  • Pencuci muka
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.


  • Penyegar/Toner
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.


  • Essence atau serum
Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum.


  • Pelembap
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.


  • Senaman Muka
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.



  • Urutan Muka
Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.


  •  Amalan Tidur yang cukup
untuk tampil cantik Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.


  • Masker wajah
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini
 Disamping itu, rawatan dalam jangan dilupakan. Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplemen-suplemen ini dalam penjagaan kulit. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit dalam memperbaiki kerosakan yang terjadi. Untuk rawatan dalaman ini, boleh cuba Set D, Set Kecantikan Shaklee.
Cikkfaa mengamalkan supplemen Shaklee vitamin C sustained released, B Complex dan Vitamin E . Ketahui rahsia ketiga-tiga suplemen ini dengan lebih baik.





B-complex

  •  Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain.
  •  membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat.
  •  untuk mengawal stress.
  •  Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C

  • antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain.
  • bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi                punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
  • melindung dan membaiki kulit.
  • Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • Mencerahkan kulit


Vitamin E

  • Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan.       Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
  • Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan                 dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. 
  • bertindak memudarkan parut jerawat atau luka






#HOT Promo bulan ni Vitamin C & vitamin E . rugi tak grab awal awal tau :)

9 December 2014

Opps ! Terbuncitkan Perut

Assalamualaikum semua,

Sudah berhabuk belog CikkFaa ni tak berhupdate. Rindu tak nak dengar celoteh cikfaa harini? jom kita sembang isu menarik "PERUT KU BUNCIT". Masyarakat sekarang susah nak kawal selera makan kan ? Insha Allah, tips yang bakal CikkFaa bagi nie akan dapat mengawal selera makan korang tau. Jom kita view.

Perut buncit seringkali menjadi gangguan bagi banyak orang terutama wanita, 
kerana mengurangkan kesempurnaan penampilan. Terus-menerus cuba menghilangkannya namun belum berjaya? Mungkin kerana anda belum mengetahui beberapa fakta tentang lemak di perut.

Punca-punca "PERUT KU BUNCIT" 


1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu
Makanan bergoreng dan makanan bergula tinggi boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan serta  boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.


yummy , sedapnyeeee .


2. Kurang aktiviti dan senaman
Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber.


3. Perubahan hormon akibat penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah.


4.Stress yang tak terkawal

Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.

Cikkfaa nak suggest kan beberapa STEP kepada korang yang betul-betul nak kempiskan/kuruskan badan uolls. 

Jom view STEP dr cikkFaa

 STEP 1 : Matlamat dan Pendirian . Apa-apa nak buat memang kena ada matlamat dan pendirian yang tetap supaya kita takkan tersasar . kalau nak lebih extreme dalam matlamat kita, kita cuba create kata-kata yang mencabar diri. So, hari-hari kita akan rasa tercabar untuk perjuangkan matlamat kita.

 STEP 2: Setiap hari, cuba buat senaman otot perut. Mula-mula betulkan postur tulang belakang biar menegak seolah-olah macam kedudukan mendada. Kemudian tekan ke dalam perut (tanpa guna tgn). Buat berulang kali. Ini akan mengaktifkan otot di sekitar perut dan pembakaran lemak dengan aktiviti otot ini akan meningkat.

STEP 3: Kurangkan makanan bergoreng. Makanan berbentuk panggang, rebus dan stim lebih sesuai. Lebihkan serat. Buah dan sayur penting dalam pemakanan seharian. Minum air at least 2 Liter paling kurang. Air memudahkan anda untuk membuang, sekaligus toksik yang terkumpul di perut juga akan mudah disingkirkan. Membuang setiap hari adalah perkara wajib kalau nak perut kempis.


STEP 4: Kalau melibatkan hormon, stabilkan hormon dahulu. Pengambilan GLA Complex dalam kehidupan seharian dapat menstabilkan hormon. Jangan ambil mudah keadaan hormon yang tidak stabil, banyak buruk dari baiknya.


STEP 5: Dah follow semua step di atas, langkah seterusnya adalah proses kempiskan perut lebih cepat dengan Herb lax, Lecithin dan Omega Guard. Kalau untuk bajet rendah masih boleh consume Herb Lax dan Lecithin. Itu pon dah memadai. Nak kurus , nak kempis jangan banyak bagi alasan itu ini .


CikkFaa nak kasi semua tengok testimoni cust yang sudah berjaya :




Freshh testimoni :)